Manchester United bersedia mngaktifkan klausa pelepasan N'Golo Kante dengan tawaran £ 22Juta

Manchester United dikhabarkan bersedia menandatangani bintang Leicester City N'Golo Kante dan berhasrat untuk mengaktifkan klausa pe...


Manchester United dikhabarkan bersedia menandatangani bintang Leicester City N'Golo Kante dan berhasrat untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain tengah itu dengan tawaran £ 22 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu telah muncul sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris selepas melakukan musim debut yang luar biasa dengan Foxes.

Pemain Perancis dibawa oleh Claudio Ranieri dengan nilaian hanya £ 5.5juta dari Caen tetapi dipercayai mempunyai klausa pelepasan sekitar £ 22jjuta dalam kontraknya.

Arsene Wenger diketahui umum berminat untuk pemain tengah itu tetapi, menurut sumber dari akhbar Mirror , Jose Mourinho terdesak untuk menandatangani pemain Perancis ini dan Red Devils berniat untuk mengaktifkan klausa pelepasan dengan mengemukakan tawaran £ 22juta

Chelsea dan Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat mendapatkan pemain ini



You Might Also Like

0 comments