Friday, June 3, 2016

Makan Malam di Hotel Perdana

Alhamdulilah, semalam aku dijemput oleh sepupu aku, Dr Rahimie untuk hadir makan malam di Hotel Perdana sempena makan malam bisnes yang diusahakan oleh sepupu aku......

Tempat makan malam tadi di tepi kolam

Ceritanya begini...jam 5.30 petang aku dapat call dari sepupu aku untuk ke makan malam di hotel perdana, aku terus setuju....yerlah, aku tidak ada buat apa-apa hari ini kan, so aku terima jer jemputan tersebut......Aku sampai 5 minit sebelum pukul 8 dengan pakain kemeja biru berseluar slack hitam berkasut hitam (baca ala-ala dialog seniman bujang lapok) hehehe.........................bila sampai..............

Aku mencari meja yang kosong, dimana sepupu aku ada......selepas tu aku mula makan dessert yang agak ok dari Hotel-hotel yang lain......semasa aku makan di meja tu, aku rasa awkward sebab aku tak kenal sesiapa sehingga bila aku mahu makan makanan lain, aku jumpa Abe Re & Kak Jue, mereka berdua abg dan kakak aku............dan terus aku mahu tukar meja, aku pergi semula ke meja sepupu ku, ada dua amoi cantik, aku minta dengan baik suruh amik beg aku, tetapi bleh plak dia main2 nak lempar kat dalam kolam, tapi hati aku sabar, minta dengan baik, baru dia bagi,.......sadis betul amoi ni..

Lokang

Mee Goreng + Nasi Goreng + Sotong + Kambing Bakar + Daging Bakar

Aiskrim
Aku tidak sempat nak ambil gambar dessert lain sebab kebanyakkan hampir habis....Selepas makan, aku berbual dengan abe re, kak jue dan sepupu aku tentang bisnes dan juga tentang kehidupan...Dalam kehidupan, kita mesti menghormati siapa yang mengubah diri kita.....Perlu ada rasa hargai kesusahan, usaha, dari orang lain membentuk kita dalam mengubah kehidupan kita....tidak perlulah kita menghina seseorang kerana pekerjaan nya, kerana komitmen nya sebab masing-masing mempunyai kehidupan berbeza.....dalam penutup perbualan kami...aku dinasihat oleh abe re, kak jue dan sepupu aku supaya menghargai usaha orang lain dalam kehidupan kita selain itu mencari calon isteri yang memahami diri kita..........................Alhamdulillah, malam yang agak baik buat aku untuk terus berinspirasi mencapai kejayaan.............

Aku bersma Abe Re + kak Jue & Dr Rahimie + Dr Aiana

Aku menunggu siapalah yang bakal berada disebelah ku hehehe

Suasana di tepi kolam

Salah satu sudut bangunan Hotel Perdana Kota Bharu

Related Posts

Makan Malam di Hotel Perdana
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.