Thursday, June 9, 2016

Hazrul Tekad Pikat Coach Popov


Selepas dua perlawanan Liga Super di bawah kendalian Velizar Popov, Mohd Noor Hazrul Mustafa mendapati dirinya masih bergelut untuk memikat hati jurulatih baru Kelantan yang berasal dari Bulgaria itu.

“Masih belum dapat pikat hati Popov tetapi saya berjanji akan sentiasa berikan yang terbaik ketika latihan nanti.

“Saingan merebut tempat dalam kesebelasan skuad Kelantan amat sengit dan semua pemain menyedarinya. 

"Harap-harap ada rezeki untuk saya diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengharungi saingan pusingan kedua Liga Super dan cabaran getir Kumpulan B Piala Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kekalahan teruk dibelasah Selangor 5-2 di gelanggang sendiri sebelum liga berehat panjang, Mohd Noor Hazrul mahumenjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran berguna buat The Red Warriors (TRW) bangkit semula.

“Popov sudah mengenal pasti segala kelemahan yang ada ketika dua perlawanan berturut-turut dengan Selangor dan kami semua sudah anggap kekalahan itu sebagai sejarah.

“Yang penting, TRW akan bangkit semula dan saya berazam untuk terus meningkatkan persembahan dalam latihan untuk pikat hati Popov senaraikan saya dalam kesebelasan utama,” katanya.

Peminat TRW rindukan sentuhan pemain ini yang mempunyai skil sepakan percuma ‘ala Ronaldo’ dan mengharapkan sentuhan ‘magis’ Mohd Noor Hazrul menjadi untuk skuad Kelantan melayani pusingan kedua Liga Super yang lebih mencabar. 

Skuad Kelantan dijangka memulakan latihan semula malam ini selepas diberi cuti rehat seminggu oleh Popov.



Related Posts

Hazrul Tekad Pikat Coach Popov
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.