Tuesday, June 7, 2016

Eric Bailly : Fakta yang anda perlu tahu


Pertahanan Villarreal Eric Bailly telah menjalani lebih awal proses perubatan perpindahan ke Manchester United, menurut sumber Sky.

Eric Baily menarik pelbagai kelab besar dan yuran mungkin menghampiri £30 juta untuk pemain antarabangsa Ivory Coast ini.

Berikut adalah fakta yang anda perlu tahu tentang pemain berusia 22 tahun yang boleh menjadi salah satu pemain Manchester United pertama yang dibeli oleh Jose Mourinho ...

BIOGRAFI :


Bailly menyertai pasukan Espanyol pada usia 17tahun dan selepas proses permit kerja Bailly mengalami kelewatan peman ini bermain pasukan B dalam divisyen tiga liga Sepanyol, Beliau melakukan debut pertama untuk pasukan senior pada Oktober 2014. Selepas hanya empat penampilan termasuk kekalahan 5-1 kepada Barcelona, beliau menyertai Villarreal dalam perjanjian 4.3m £ pada Januari 2015.

Aksi Bailly ketika beraksi di Piala Negara Afrika

Bailly pernah bermain di Piala Negara Afrika, dimana Ivory Coast akhirnya menang pada penentuan sepakan penalti. Pemain pertahanan, pemain paling muda dalam skuad Herve Renard. Selepas permulaan yang lambat untuk pasukan Villarreal, Bailly kagum dalam kempen 2015/16 ketika kelab itu berjaya kembali ke Liga Juara-Juara dengan kedudukan empat teratas. Villarreal juga mara ke separuh akhir Liga Europa, walaupun Bailly terlepas perlawanan kedua apabila Villareal mengalami kekalahan kepada Liverpool kerana kecederaan.


KEKUATAN :

Bailly adalah pemain yang mempunyai sifat-sifat fizikal yang kental dan kuat, yang mana pasukan Manchester Unted perlukan dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau adalah mempunyai daya ketangkasan dan kuat dimana menjadikan beliau amat hebat dalam apa jua keadaan. Beliau kurang menggelecek  daripada mana-mana biasa bek tengah lain di empat teratas kelab di Sepanyol termasuk Diego Godin, Sergio Ramos dan Gerard Pique.



Victor Ruiz (Pertahanan Villareal) dan Bailly membentuk pasangan pertahanan yang kuat dimana merupakan faktor utama kepada kejayaan pasukan Villareal. Beliau juga mampu menunjukkan kebolehan untuk menghadapi pihak lawan yang berkualiti.


KELEMAHAN



Peminat Liverpool telah menyatakan bahawa bekas pemain, Fernando Torres membuat Bailly kelihatan bodoh dimana torres menjaringkan gol dalam perlawanan antara Atletico Madrid dan Villarreal tahun lepas dan kejadian itu tidak menonjolkan penambahbaikan yang diperlukan dengan bola di kakinya.

Kelemahan Bailly adalah berkenaan disiplin di atas padang, dan pada Oktober, kad merah Bailly ketika menentang Celta Vigo "tidak masuk akal". Dia dilayangkan kad dalam 13 perlawanan daripada 21 pada awal musim 2015/16, tetapi ada tanda-tanda kemajuan dimana Bailly tidak dilayang kad walaupun sekali dalam 13 perlawanan terakhir.

Berikut adalah statistik perbandingan Bailly dan dua pemain pertahanan Manchester United iaitu Blind dan Smalling



Adakah Bailly pemain yang anda rasa sesuai untuk pasukan Manchester United, beri pandangan anda di ruangan komen........

Related Posts

Eric Bailly : Fakta yang anda perlu tahu
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.