Monday, June 6, 2016

Diari Ramadhan : Hari pertama puasa dan kerja

SALAM RAMADHAN DARI WZFADHLANDOTCOM


Alhamdulilah, sudah selesai puasa pertama pada tahun ini, pada malam sebelum hari puasa aku bekerja dari jam 11.00 malam hingga kul 4.00 pagi walaupun pada hari itu adalah hari cuti agong...disebabkan rasa puas duduk di rumah, aku menerima tugasan tersebut untuk buat kerja yang di suruh oleh boss.......pada waktu malam, selepas terawih, aku singgah sebentar di rumah mak sedara aku kerana mak sedara aku ada buat bbq untuk staff-staff mereka.....selepas itu aku terus ke klinik primer, klinik sepupu aku untuk kelas motivasi ramadhan.....dalam kelas tersebut sepupu aku kongsikan bahawa orang bukan islam mengambil kesempatan pada bulan ini untuk mencari rezeki lebih daripada orang islam yang menggunakan bulan mulia sebagai alasan untuk tidak bekerja lebih demi rezeki halal.............


KERJA DI WAKTU CUTI

Aku bekerja kerana merasakan aku puas duk dirumah, aku minta dengan boss untuk cari OT pada waktu cuti ini, boss berikan kebenaran dan aku mulakan tugasan meronda tempat-tempat yang patut dilawati bersama sahabat aku, arih, staff kepada sepupu aku........pada malam itu, aku belajar sesuatu tentang kehidupan, tidak semestinya orang yang kita rasa "offensive" ini adalah orang tidak boleh bekerja dengan baik....pada malam itu, aku mendengar satu luahan yang aku rasa tidak layak dipanggil orang tua.......mungkin apa yang aku bakal ceritakan ini jijik, diceritakan bahawa dalam kumpulan bekerja ini, ada 3 orang, dalam 3 orang ini ada seorang lelaki tua yang perwatakan menarik dan sentiasa memberi tugasan dengan baik, namun selepas mendengar luahan dari 2 kawan dia, aku mula sangsi.......diberitakan dia menipu kawanya mengenai duit OT sepatutnya dibayar RM147 tetapi dimintanya RM320....aku terasa amat marah tetapi aku terus mendengar...Si lelaki tua ini tidak pernah pun sembahyang ketika bertugas sedangkan setiap kali aku melawat, aku sentiasa ingatkan apa-apa tugasan kita, solat itu penting even boss aku sendiri pernah cakap dekat staff pukul 1 wajib keluar sembahyang di masjid.....dan yang paling jijik adalah menggunakan waktu kerja untuk melihat cerita-cerita porno , malahan didepan kawan-kawan sekerja....aku terkejut.....dan tergamam sebab setiap kali aku melawat...dialah paling nampak segak berpakaian tetapi dia adalah disebaliknya...



apa yang aku dapat belajar adalah, kita perlu kenal seseorang itu lebih mendalam kerana kita tidak tahu apa yang mereka akan buat pada kita sebab kita sedang berada di akhir zaman, di ambang akhirat, banyak manusia-manusia bertopengkan syaitan.........alhamdulillah, Allah telah pertemukan aku dengan ilmu kehidupan semalam

BAZAR RAMADHAN 

Membeli kuih dekat bazar ramadhan kubang kerian



CERITA NYA BERLAKU

Bila mencari parking, aku melihat beberapa tong hitam serta kerusi kuning diletakkan ditepi jalan, aku pun melihat dengan teliti ada tanda di sebalik tong hitam dan kerusi kuning, tanda itu tertulis "KHAS UNTUK PELANGGANG KEDAI SAHAJA" dalam hati aku "arghh mcm mana ni, aku nak beli kuih sahaja" 

Selepas itu aku fikir baik aku parking sahaja, bila parking dengan sendiri nya aku masuk kedai tersebut order air kelapa 2 then aku cakap aku akan kembali selepas membeli di bazar ramadhan, jadi tuan kedai tak marahlah sebab aku parking kat kedai dia sb aku dah beli air kelapa dia 2, hehehe

Jadi jika anda ternampak tanda seperti itu, masuk sahaja dan belilah sedikit kuih ke, air ke, kat kedai tu, niat sedekahkan sahaja 😊😊


TIPS ELAKKAN MEMBAZIR DI BAZAR RAMADHAN



Juadah Bazar Ramadhan

Cerita aku di Bazar Ramadhan Kubang Kerian

Bukan mudah untuk menahan nafsu makan bila waktu puasa, semasa aku ke bazar ramadhan, aku melihat banyak juadah ramadhan, serious rasa nak beli setiap tapak yang aku lalu, tapi bila terfikir yang aku bawa duit rm30 sahaja,

Aku beli kuih + Lokal pizza + air kelapa : semuanya rm20, baki ada rm10, pergi round sekali lagi, aku round dan round, then aku balik,

Selepas berbuka, baru aku faham, berbuka tidak perlulah membeli mengikut nafsu, belilah yang boleh muat2 dengan perut kita sahaja,

Tips nak elakkan berbelanja lebih di bazar ramadhan bagi lelaki single mcm aku, plan nak makan apa dan sentiasa bawa wang yang tidak mencukupi, insyallah anda xkan membazir tapi kluar dgn family pi bazar ramadhan, aku sendiri akan jd alpa.....

hehehe


BAWA MAMA PI TERAWIH

Dan hari ini adalah hari paling aku gembira kerana aku bejaya realisasikan impian mama nak ke terawih bersama aku, sebab pada tahun lepas aku asyik terawih sorang-sorang dan bersama kawan2...hari ini aku berjaya membawa mama ke terawih...aku buat 8 rakaat sahaja....3 rakaat untuk solat witir....alhamdulilah....dan selepas terawih, aku belanja mama aku makan di ISKA COFFEE HOUSE tetapi take away jer...ISKA COFFEE HOUSE adalah cafe berasaskan vespa kerana tuan kedai nya adalah peminat vespa.....aku belanja mama aku waffle + ice cream manakala aku beli spaghetti carbonara bersama Milkshake banana chocolate (my favorite drink).....


Semoga puasa pada hari kedua, aku ditemukan dengan benda-benda mengajar tentang kehidupan supaya aku tidak lupa bahawa aku ini hanyalah sementara di dunia Allah ini......

Related Posts

Diari Ramadhan : Hari pertama puasa dan kerja
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.