Tuesday, June 7, 2016

Diari Ramadhan : Hari Kedua Puasa

Alhamdulilah, kita sudah 2 hari berpuasa ketika ini....banyak berlaku pada diri aku pada hari kedua dimana hari kedua puasa, aku menjadi pendiam sehari suntuk walaupun dengan mama aku.....aku pun tidak tahu mengapa dan kenapa Allah takdirkan aku pada hari kedua ini menjadi pendiam seketika....


Namun pada waktu tengahari, aku mengambil kereta nenek di bengkel ah tiong (kawan rapat ayah aku sejak ayah aku muda)......dan selepas melakukan spot-check kereta...aku terus memandu keluar dari bengkel tersebut.....dalam masa aku sedang memandu ke pasir mas, dalam otak aku hanya terfikirkan tentang besarnya nikmat bulan ramadhan sehinggalah aku ternampak satu susuk manusia sedang membanting tulang di tapak pembinaan semasa aku menuju destinasi aku ke pasir mas melalui highway pasir mas............terlintas dalam pemikiran aku, apakah nasib aku jika aku berada di dalam keadaan pakcik itu tadi....dalam masa aku terfikir tentang perkara itu, tiba-tiba telefon aku berbunyi dan aku melihat ada mesej dari kawan aku masuk meminta pertolongan untuk mendoakan beliau agar diberi kesihatan..............aku pun terfikir sejenak, apakah nasib aku jika berada di dalam keadaan kawan aku itu..............Selepas selesai menghantar kereta nenek aku, aku terus balik ke rumah....


Dan selepas selesai menunaikan solat fardu asar, aku membawa mama ku ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka...di sana, Allah takdirkan aku bertemu dengan beberapa manusia....aku melihat....ada yang sedang meminta sedekah.......ada yang berteman..........ada yang datang berseorangan....ada yang datang untuk melihat-lihat sahaja....kawasan bazar ramadhan agak sesak, sebab hari ini aku memilih untuk ke bazar ramadhan di stadium.....apa yang aku nampak dibazar adalah seorang perempuan yang berada di dalam kesusahan (peminta sedekah)....aku melihat ramai susuk manusia melintas didepan perempuan tersebut......aku tanpa berfikir apa..aku terus memberi duit belanja aku kepada perempuan tersebut sambil aku berdoa agar dimurahkan rezeki kakak ini.......ini buat aku terfikir....apakah nasib aku jika aku berada di dalam nasib kakak itu tadi......

gambar sekadar hiasan
Selepas berbuka, aku menerima mesej dari telegram, aku tergamam apabila mesej tersebut memberitahu bahawa ayah kepada sahabat aku meninggal ketika dibawa ke hospital (AL-FATIHAH).........aku terfikir, apakah nasib aku jika kedua-dua ibubapa ku tiada ketika waktu ini.........Selepas apa berlaku pada malam puasa kedua...aku terus mengambil keputusan untuk berterawih berseorangan pada waktu tengah malam.....masa itu berderai air mata ku menghadap ilahi...aku meluahkan apa yang aku telah lalui....dan aku lahirkan rasa bersyukur yang aku masih lagi hidup untuk berbakti kepada bumi ALLAH swt....apa yang berlaku pada hari kedua puasa dalam hidupku...adalah tanda untuk aku terus bersyukur dengan nikmat ALLAH yang ALLAH berikan kepada aku..........pada waktu sahur tadi...aku mula ceria...aku mula berbual dengan mama ku.........

p/s : Aku terpaksa menulis pada waktu ini kerana tiada mood ketika puasa hari kedua.....


Semoga kita semua dirahmati oleh ALLAH s.w.t...................AMIN

Related Posts

Diari Ramadhan : Hari Kedua Puasa
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.