Thursday, June 9, 2016

Diari Ramadhan : Hari Ke Tiga dan Ke Empat

Alhamdulillah

Kita semua sudah pun meraikan puasa selama 4 hari....dan tika aku menulis ini, sudah masuk hari kelima....Aku mohon maaf kerana tidak dapat menulis pada hari ketiga, aku sibuk menjalankan amanah yang diberikan.....yakni bekerja mencari rezeki dibulan puasa........

HARI KETIGA

Hari ketiga puasa, aku melalui saat yang letih...aku mengerjakan kerja di office sehingga waktu petang dan menemani mama ku ke pasar ramadhan di stadium....

Bazar Ramadhan Stadium

Bazar Ramadhan Stadium
Dalam keadaan Bazar yang begitu sesak, aku kecewa satu sahaja dengan sikap masyarakat kita, apabila sentiasa buat "kedai kopi" di dalam booth bazar, sehingga terpaksa menunggu mereka bercakap dan ada juga aku mengambil tindakan suarakan "minta lalu sket" dengan tinggi, mohon sesangat, jika ingin bercakap, pergi ke luar dari booth, jangan dalam booth, rimas tau dak......selain itu, khemah-khemah pula berada dalam keadaan rapat dan waktu itu air hujan hanya menitik sedikit sahaja, kecewanya apabila ada gerai pulak membakar didalam khemah, habis asap dalam khemah, .....xlepas nak bernyawa.....sungguh mengecewakan...

Pada waktu malam, selepas berbuka, aku menghantar mama ke masjid untuk terawih tetapi destinasi aku ke KBMALL kerana ingin mengambil barang dari pak sedara...dan aku terus singgah di Klinik Sepupu aku untuk aku lakukan terawih sendirian....Penutup puasa hari ketiga ditutup dengan mama aku belanja aku makan burger hahaha......


HARI KEEMPAT

Hari keempat puasa banyak memberi pengajaran kepada aku......kita hendaklah sentiasa menjadi manusia yang berguna kepada setiap manusia.....hari ini, aku menerima khabar kurang enak tetapi tidaklah elok setiap permasaalahan di ceritakan di dalam blog, cukuplah aku katakan, ia memberi kesan kepada hidup aku..........

Tetapi Allah swt maha adil apabila aku menerima rezeki dari sepupu aku untuk berbuka bersama dengan staff nya di Hotel Grand River View


Allah swt ceriakan hati aku dengan berbuka disini.....aku bertolak dari rumah pada jam 6.00 petang dan menuju ke klinik untuk mengambil staff sepupu yang aku anggap seperti adik beradik aku sendiri......bila dah sampai ke klinik, terus aku dan adik-beradik aku ke Hotel Grand River View.....sedang elok sampai dalam pukul 7 petang kerana sebelum itu aku dan yang lain-lain ke satu tempat untuk ambil barang sepupu aku......aku akan kongsikan beberapa keping gambar semasa aku berbuka dengan adik beradik ku........

Mie & Safwan sedang discuss dengan staff mereka

adik beradik aku di klinik

Pemandangan ketika sebelum berbuka puasa







Syafi  (anak safwan)
Boleh katakan, makanan di sini agak kurang kualiti berbanding dengan Hotel Perdana, tetapi ok dengan kuantiti.....Adakah aku rekemen untuk berbuka disini? Mungkin Ya tetapi cubalah di Hotel lain dahulu....(teguran ikhlas).....

Selepas itu aku dan yang lain-lain plan ke wakaf che yeh.....untuk shopping raya katanya...aku hanya ingat nak teman sahaja, terbeli jugalah beg satu....hahahaha.....aku memang seorang gilakan beg.......


Selepas ke wakaf che yeh......hantar wani dahulu...sebab rumah dia di wakaf bharu...shiela dan naimah pun dah balik dengan kereta asing...selepas tu, aku serta arif dan megat hantar adik sue dan fi ke rumah sewa sebab nak ambil kereta di cherang...sekali kunci pagar dengan wani...hahaha...nak marah pun tidak, tergelaklah aku dan yang lain-lain sebab lihat adik sue "duk wat kalut" sambil menelefon wani....dan aku teman dik sue pergi amik kunci di rumah wani kat wakaf bharu....selepas itu jam menunjukkan dekat pukul 12 lebih....aku bagitahu adik sue, aku follow dia sampai rumah yerlah dan tengah malam, perempuan sorang-sorang bawa kereta...mana boleh....jadi aku temankan dik sue sampai kerumah.....setelah selesai semuanya....maka aku pergi bekerja sehingga jam 3 pagi ditemani oleh arif....dalam masa berjalan pulang....aku ternampak kereta peronda..berhenti...aku melihat dua mayat atas jalan...bila ditanya kenapa....ada yang cakap berlumba motor sehingga mangsa pecah kepala selepas terbabas....

Itulah cerita puasa aku pada hari ketiga dan keempat....banyak benda boleh belajar dan kenal siapa lawan, siapa kawan.....alhamdulillah....


Related Posts

Diari Ramadhan : Hari Ke Tiga dan Ke Empat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.