Thursday, June 9, 2016

Di mana Gabriel Guerera?



Penyerang import PKNS FC, Gabriel Guerra, hilang dari radar apabila tidak kembali ke pangkuan pasukannya, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan dia mendapat gangguan luar. 
 
Skuad PKNS kembali menjalani latihan sejak dua hari lalu selepas diberi cuti selama dua minggu. 
 
Ketika semua pemain sudah melaporkan diri, termasuk tiga pemain import, iaitu Matias Hadwa, Gonzalo Soto dan Juan Manuel Cobelli, kelibat Guerra pula tidak kelihatan. 
 
Ia sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kedudukannya selepas dia berada di Johor Bahru tempoh hari. 
 
Ketika ditanya ketiadaan Guerra, ini reaksi pengendali PKNS, E. Elavarasan. 
 
"Dia tak akan melaporkan diri untuk sesi latihan.
 
"Dia beritahu secara mentalnya belum bersedia untuk melaporkan diri. Kalau saya sebagai pemain, mungkin dia ada tawaran lain atau perkara-perkara lain yang terjadi dalam tempoh dua minggu ini. 
 
"Saya serahkan dulu kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikannya sebelum saya melakukan sesuatu dalam sehari dua ini," terang jurulatih itu. 
 
Guerra difahamkan melakukan kunjungan ke Padang Seri Gelam, Johor Bahru untuk bertemu bekas bintang Argentina, Juan Sebastian Veron, yang merupakan pengerusi kelab Estudiantes. 
 
Namun, tindakannya bergambar menggunakan baju yang tertera logo JDT mencetuskan kontroversi kerana dia seolah-olah tidak menghormati maruah majikannya. 

Related Posts

Di mana Gabriel Guerera?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.