Friday, June 3, 2016

Brendan Gan mampu menggalas posisi Piya

Brendan Gan adalah pemain naturalisasi yang dibawa oleh TSHAM ke Malaysia pada 3 tahun lepas namun tidak mampu memberi sumbangan yang banyak pada 2 tahun pertama kerana masalah jadual perpindahan pemain serta kecederaan yang di alami oleh Brendan gan...


Posisi Brendan gan pada asalnya adalah CMF atau AMF sama posisi seperti Kapten Marvel, Piya atau dikenali Badri Radzi, namun sering kali Brendan Gan diletakkan di posisi DMF....sebagai penyokong yang tidak berapa pandai hehehe, penulis melihat Brendan Gan mampu memberi impak kepada bahagian serangan pasukan Kelantan setelah melihat permainan Brendan Gan bersama pasukan kebangsaan menentang Timor Leste tempoh hari....

Aksi Brendan Gan menentang Timor Leste
Jika dilihat permainan Brendan Gan lebih ke depan berbanding sebagai DMF kerana Brendan gan mempunyai kelemahan dari segi Tackling yang agak kasar namun hantaran dan gerakan yang dilakukan oleh Brendan adalah bijak...Hasil dari gerakan Brendan, kawasan tengah pasukan Malaysia dikawal dengan rapi dan tersusun sehingga membuahkan 2 gol yang dijaringkan oleh Hazwan Bakri..pada perlawanan tersebut, Brendan Gan di angkat Man Of The Match oleh semua penyokong pasukan negara.................


Axello merupakan penganalis bola sepak tempatan yang mana seringkali menjadi rujukan kepada penyokong-penyokong bola sepak tempatan dalam analisis perlawanan liga super mahupun liga-liga lain....Axello bersetuju bahawa Brendan Gan sepatutnya bermain diposisi AMF atau CMF kerana workrate, hantaran, gerakan beliau adalah kreatif berbanding Kapten Marvel........


Penulis rasa sudah sampai masa nya Brendan Gan bermain di posisi Badri Radzi kerana usia Piya semakin lanjut, mungkin persembahan dari piya kurang meyakinkan, apa-apa pun terletak kepada keputusan Coach Popov......


Related Posts

Brendan Gan mampu menggalas posisi Piya
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.