Friday, June 3, 2016

Bagaimana gabungan Rooney dan Zlatan boleh membantu Man United

Anda sudah pasti melihat status dari Agent Edward  yang mana dia telah mengumumkan bahawa Zlatan akan ke Man United, Agent Ed adalah sumber kepada penyokong-penyokong bola sepak untuk mengetahui berita semasa mengenai perpindahan pemain-pemain bola sepak Eropah.....

Gossip mengenai Zlatan
Umumnya, penyokong-penyokong Man United berasakan kehadiran pemain senior ini dapat membantu kegemilangan Man United sepertimana Man United menandatangani Teddy Sheringham ketika era Sir Alex....dimana Teddy waktu bermain untuk pasukan Spurs......persoalan yang positif timbul bagaimana Zlatan mampu membantu united bersama Rooney....selepas beberapa musim Man United kehilangan pemain-pemain yang mempunyai hantaran kreatif dalam pasukan....

Saya melihat Rooney akan bermain sebagai pemain tengah (CMF) dan bertindak sebagai No 10 bagi memberi hantaran yang kreatif kepada Zlatan....Zlatan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Rooney sentiasa bekerja untuk Cristiano Ronaldo namun tiada kredit baginya kerana Ronaldo yang menjaringkan gol


"Apabila dia bermain dengan Cristiano Ronaldo semua kerja  yang dilakukan oleh Wayne Rooney tetapi dia tidak mendapat kredit kerana Ronaldo telah menjaringkan semua gol."



Mengikut dari laman sesawang  whoscored.com, laman berkenaan menyatakan bahawa rooney lebih bagus bermain sebagai pemain tengah (CMF) berbanding sebagai penyerang...Apa yang saya boleh katakan, Rooney adalah pemain yang mempunyai "WorkRate" yang tinggi dan sentiasa bekerja keras di atas padang....dan penyokong pernah mengatakan Rooney pemain serba boleh di semua posisi........


Selain itu, menurut laman sesawang Squawka menyatakan bahawa average ketepatan hantaran Rooney adalah 82% dan ini membolehkan Zlatan mampu menjaringkan gol sama ada melalui hantaran tinggi mahupun hantaran rendah kerana Zlatan juga mempunyai rating yang tinggi sebagai penyerang poacher goal .


Namun, ia merupakan mimpi ngeri buat Juan Mata kerana Mata adalah pemain yang sering bermain sebagai pemain No.10 dan jika Mourinho mengambil keputusan meletakkan Rooney sebagai pemain no 10, maka peluang untuk Juan Mata tipis dan kemungkinan akan dijual atau menjadi pemain gantian sahaja.............


Related Posts

Bagaimana gabungan Rooney dan Zlatan boleh membantu Man United
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.