Saturday, June 11, 2016

Akram Abdul Ghanee : Pemain import terbaru TRW?

Akram menyertai latihan bersama TRW

Akram abdul ghanee merupakan calon pemain import yang didatangkan dari Maldives dan yang menarik adalah, Akram merupakan pemain yang sedang beraksi untuk pasukan New Radiant Sc yang mana Coach Popov pernah melatih pasukan ini.

Jom, kenali calon pemain import TRW ini

Nama : Akram Abdul Ghanee
Warganegara : Maldives
Tarikh lahir : 19 Mac 1987
Umur : 29 tahun
Negara kelahiran : Maldives
Ketinggian : 170 cm
Posisi : Pemain pertahanan dan Tengah




Pemain ini memulakan karier professional beliau di Club Valencia pada tahun 2006 dengan membuat 34 penampilan dan menjaringkan 1 gol. Selepas itu Akram berpindah ke kelab New Radiant SC dan melakukan 22 penampilan dan pada masa yang sama menjaringkan 2 gol. Pada tahun 2010, Akram berpindah ke pasukan VB Sports Club dan tahun 2011 berhijrah ke pasukan Victory. Pada tahun 2013, Akram hanya melakukan 17 penampilan bersama Club Valencia dan selepas itu Akram berpindah ke kelab New Radiant SC sehingga sekarang. Akram juga merupakan pemain kebangsaan Maldives.


Penulis tidak mempunyai data yang spesifik tentang pemain ini kerana maklumat di dalam internet terlalu terbatas buat penulis untuk mencari data permaianan Akram. Apa-apa pun penulis yakin Coach Popov tahu apa yang diperlukan di dalam pasukan nya..

Related Posts

Akram Abdul Ghanee : Pemain import terbaru TRW?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.