Ramadhan bakal menjelma : Kenangan Aku sebelum bulan ramadhan

Minggu hadapan, kita bakal bertemu dengan Bulan mulia, iaitu bulan ramadhan...Banyak kenangan aku tentang bulan ramadhan, jadi aku nak b...


Minggu hadapan, kita bakal bertemu dengan Bulan mulia, iaitu bulan ramadhan...Banyak kenangan aku tentang bulan ramadhan, jadi aku nak berkongsi sedikit tentang kenangan aku yang dahulu sebelum beremu bulan ramadhan....

Masa aku waktu kecil dahulu, seminggu sebelum bermulanya puasa, aku amat gembira sebab masa kecik dahulu, aku fikir dua benda sahaja iaitu baju melayu yang baru dan bunga api/mercun....Waktu dulu,baju melayu aku dijahit di kedai MAYA pasir mas, setiap tahun boleh dikatakan kedai favourite aku dan sepupu aku....sekali hantar bukan 1 2 3 helai, dah ramai sepupu, hantarlah banyak helai, hehehe.........



Kenangan kedua apabila setiap kedai runcit boleh dikatakan menjual mercun dan bunga api, aku apa lagi rela simpan duit, pinjam duit, semata-mata nak beli mercun, dulu mercun paling aku suka beli adalah mercun ketupat atau dalam dialek kelantan dipanggil bedil tupat....hehehe...dan yang paling best, masuk je waktu terawih malam pertama, aku dan bebudak kampung (masa kecik) dahulu pergi lempar atau "serang" setiap rumah dengan bedil tupat, hahaha.......dalam kawasan surau pun dijadikan juga tempat "serangan" kami.....dan yang paling best waktu dahulu, ada longkang baru nak buat, aku dan bebudak kampung masuk semua dalam tu semata-mata nak merasai "adventure" memalam sambil main mercun hahaha...habis kena "selut"...hahahha



Itulah kenangan sebelum ramadhan menjelma, nak-nak malam terawih pertama, Ya ALLAH, aku bersyukur ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini, semoga aku menerus bertemu dengan bulan yang mulia ini.....tak sabar nak berterawih dengan family minggu hadapan.......


You Might Also Like

1 comments

  1. mercun & kanak2 mmg xleh dipisahkan...ngee..dah mcm tradisi plak mercun nih

    ReplyDelete