Perjalanan Liga Super Malaysia berhenti seketika (selama 1bulan) bagi memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan dan juga bulan Ramadhan. Namun gossip mengenai kem TRW tidak terhenti malah lebih hebat apabila Coach Popov bersetuju untuk melepaskan 3 pemain import kerana Coach Popov merasakan mereka bertiga ini tidak sesuai dengan taktikal beliau.
Hari ini penulis mahu berkongsi sedikit tentang gossip pemain import terbaru TRW iaitu Gbolahan Salami yang merupakan pemain dari negara Nigeria yang kini beraksi di KuUps sebuah kelab berpangkalan di Finland dan baru beraksi dalam 9 perlawanan dan menjaringkan 3gol setakat ini.
Salami juga pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam liga Nigeria bersama pasukan Warri Wolves dengan jaringan sebanyak 17gol pada tahun 2014-2015. Disini penulis ingin berkongsi sedikit data pemain ini
Nama : Abe Gbolahan Salami
Asal : Nigeria
Umur : 25 tahun
Pasukan terdahulu : Warri Wolves
Pasukan sekarang: KuUps
Posisi : Centre Forward
Kaki : Kanan
Pemain Kebangsaan Nigeria
0 comments