Monday, May 30, 2016

Apa itu Kelab Blogger Ben Ashaari? Kenapa Aku Join KBBA?

Korang kenal tak logo di atas? Tak Kenal? Meh sini aku nak cerita sedikit....

Logo di atas tuh adalah logo KELAB BLOGGER BEN ASHAARI, sebuah komuniti blogger yang di asas oleh Ben Ashaari  , Kelab blog ini telah berkembang dengan jayanya sehingga pengasas blogger ini telah dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Online bersama seorang lagi blogger dari KBBA juga iaitu Emas Putih (yang pernah kritik restoran fizo-mawar). 



Aku follow Ben Ashaari sudah lama dan pernah juga masuk komuniti ini sekejap tetapi masa itu aku belum serius untuk fokus pada blog, aku hanya main-main sahaja dan posting aku dalam blog terdahulu banyak mengarut, setelah beberapa tahun, Ben Ashaari ada membuka posting di FB beliau tentang mencari rakan blogger baru untuk KBBA, dan aku pm Ben Ashaari untuk masuk semula ke komuniti tersebut maka lahirlah WZFADHLAN.COM dan aku siap daftarkan di SSM lagi hehe (mana tahu dengan nama wzfadhlandotcom aku dapat bukak perniagaan kan, doakan kan yer).............





Setelah aku masuk komuniti ini, aku hanya menjadi silent sekejap kerana nak memahami dunia blog dari cerita-cerita ahli KBBA, dan pada bulan Feb aku terus menulis dan menulis sehingga satu masa
aku terlepas pandang sekejap blog ini dan blog tersebut terus hilang tidak tahu punca, maka terpaksa aku menunggu hampir 3 bulan untuk dapatkan balik domain tersebut, selepas 3 bulan dengan bantuan sepupu aku dan ahli KBBA iaitu mimin, aku dapat balik domain aku......




Bermula aku masuk komuniti ini, aku merasakan sesuatu, dulu aku nak buat blog kerana aku mahu menjana pendapatan sebab aku tengok ramai jer yang dapat buat, tetapi setelah aku mendengar cerita Ben Ashaari dan ahli komuniti KBBA yang lain termasuk bertanyakan tentang berkat dalam penulisan dengan sahabat aku, maka aku telah mengubah fokus aku dari menjana pendapatan kepada ingin mendidik saudara-saudara aku dengan penulisan, nak menginspirasikan mereka dengan penulisan, ingin membantu mereka dengan penulisan, kerana apa? kerana jika aku mati esok, blog ini akan terus berada di internent untuk tatapan sahabat2 aku sekalian,.....dan yang paling seronok adalah dapat bersahabat dengan KBBA walaupun tidak pernah berjumpa tetapi bila berbual dalam group, rasa macam sebuah keluarga yang indah....dan aku juga jadikan group ini sebagai mencari penyelesaian masalah.....

Nak dikenali? Yes aku mengimpikan orang mengenali aku seperti mana orang mengenali BEN ASHAARI dan Ahli KBBA yang lain, tetapi ia akan mengambil masa, dan aku sedang berusaha kearah itu, dikenali bukan untuk meninggi diri tetapi untuk menginspirasikan orang lain supaya, sama-sama aku dan sahabat2 semua mendapat pahala dan terus ke syurga amin ya ALLAH.

Jadi itulah sebab aku join KELAB BLOGGER BEN ASHAARI... insyallah aku akan bersama komuniti ini selamanya....TERIMA KASIH ABEN (nama panggilan manja aku pada Ben Ashaari) hahaha

Related Posts

Apa itu Kelab Blogger Ben Ashaari? Kenapa Aku Join KBBA?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

6 comments

Tulis comments
avatar
June 1, 2016 at 12:00 AM

wah.. terbaik.. sy pn berbangga jd sebahagian team. alhamdulilah bnyk sgt perubahan. bnyk bljr tips2 utk mnulis..

Reply
avatar
June 7, 2016 at 7:30 PM

ya, bagus. saya pun baru nk join. best ke?

Reply
avatar
June 9, 2016 at 12:28 PM

alhamdulilah, best...sebab kami diajar untuk menjadi blogger yang berkumpulan, naik sama-sama, turun sama-sama, kami diajar untuk menjadi blogger menyampaikan ilmu, bukan kejar populariti semata-mata

Reply