Monday, May 23, 2016

Adakah Juan Mata akan dijual sekali lagi?



Juan Mata merupakan pemain kesayangan peminat di Old Trafford...Pemain ini dibeli oleh Bekas pengurus Man United (2014), David Moyes, dari Chelsea (ketika itu Papa JM menjadi pengurus Chelsea)..

Namun setelah Louis Van Gaal meninggalkan pasukan Manchester United, kini penyokong global Man United menanti saat Papa JM diumumkan sebagai pengurus Manchester United secara rasmi oleh Man United. Spekulasi timbul jika Papa JM mengurus pasukan Man United, Juan Mata akan di jual sekali lagi oleh Papa JM bersama beberapa pemain yang lain..Papa JM cukup terkenal dengan menjual pemain yang tidak mempunyai fizikal yang tegap namun jika diingat kembali dalam pasukan Man United, tiada siapa boleh bermain di posisi no 10 kecuali Wayne Rooney...

Aku cukup yakin bahawa Juan Mata akan dijual tetapi tetap positif Juan Mata akan berada di Man United sekurang kurangnya untuk 2 musim kerana pasukan Man United memerlukan seseorang yang kreatif jika Man United gagal membawa pemain-pemain yang boleh membuat hantaran kreatif ke bahagian serangan..

Apa-apa pun aku masih menanti 48 Jam untuk Papa JM di umum secara rasmi!



Related Posts

Adakah Juan Mata akan dijual sekali lagi?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.