Sunday, December 25, 2016

OAR Teguh serius taja The Red Warriors

OAR Teguh serius taja The Red Warriors



SYARIKAT pengeluar produk kesihatan, OAR Teguh Sdn. Bhd. menafikan hasrat untuk bekerjasama dengan Kelantan hanya semata-mata untuk mencari publisiti sebaliknya menegaskan pihaknya serius menaja The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017.
Pengarah Urusannya, Omar Ali berkata, pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan disambut baik oleh pengurusan persatuan itu, namun kedua-dua pihak hanya akan bertemu awal tahun depan kerana beliau kini menunaikan umrah.
Katanya, sebelum ini, beliau menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada penaja TRW dalam laman sosial Facebook serta meminta bantuan daripada mana-mana pihak untuk berhubung dengan KAFA.
“Saya tidak mempunyai hubungan dengan KAFA sebelum ini kerana kami berasal dari Negeri Sembilan. Disebabkan itu, perkara ini telah menjadi tular dalam laman sosial, ekoran daripada itu saya dihubungi oleh pihak media mengenai perkara ini.
“Saya ingin tegaskan bukan niat kami untuk mencari publisiti murahan, kami hanya mahu membantu KAFA dan memeriahkan bola sepak negara,” katanya mengulas kenyataan KAFA kelmarin yang meminta mana-mana pihak supaya tidak mencari publisiti murahan daripada krisis kewangan yang melanda persatuan itu.
Kosmo! kelmarin melaporkan OAR Teguh yang merupakan syarikat mengeluarkan jel prestasi, Gambir Emas menyatakan hasrat untuk menaja pasukan itu, manakala sebuah syarikat telekomunikasi, Red One pula mahu menjadi penaja utama.
Mengulas jumlah tajaan, Omar berkata, syarikat itu belum memutuskannya lagi tetapi telah menyediakan peruntukan tunai untuk pasukan itu.
“Kita tunggu hasil perbincangan dengan KAFA selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah pada 1 Januari ini. Kita telah menyediakan peruntukan itu kerana niat kami ikhlas untuk membantu.
“Terus terang saya katakan, kami tidak mampu untuk menjadi penaja utama yang melibatkan tajaan melebihi RM3 juta tetapi kami sedia menjadi sebahagian daripada penaja TRW,” katanya.


SUMBER : KOSMO!

Saturday, December 24, 2016

KAFA kesal dengan kenyataan `bakal penaja'

KAFA kesal dengan kenyataan `bakal penaja'



KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kesal dengan kenyataan beberapa syarikat di media massa, yang mendakwa bakal tampil sebagai penaja atau penaja utama TRW musim 2017.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, dalam suasana persatuan menghadapi kemelut kewangan, banyak pihak yang cuba mempromosikan diri masing-masing untuk mendapat publisiti murahan seolah-olah mereka 'balang oksigen' penyelamat KAFA tanpa melihat kesan terhadap pihak yang lain. 

"Kemunculan mereka ini membantutkan hasrat penaja lain yang benar-benar ikhlas membantu KAFA. Mereka mula menjauhkan diri untuk berunding dengan persatuan disebabkan ada pihak yang mendakwa mereka penaja utama.

"Harus diingat, tahun lalu Syarikat Chengal Jati yang menyumbangkan tajaan berjumlah RM3 juta pun tidak berstatus penaja utama Kelantan, inikan pula tajaan yang terkumpul sekarang hanya sekitar RM800,000. 

"Kalau mereka ikhlas ingin membantu, mereka seharusnya berunding dengan KAFA untuk memuktamadkan keputusan dan membuat sebarang pengumuman rasmi membabitkan tajaan," katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini. 

BH Online sebelum ini melaporkan, KAFA memutuskan untuk menarik diri daripada Liga M musim depan berikutan kekangan kewangan dihadapi selain gagal mendapat penaja utama. 

Namun, skuad itu dilihat sudah boleh menarik nafas lega selepas dua syarikat, termasuk RedONE Malaysia dan SuperBest Power Health Food and Beverages (SuperBest) menyatakan kesediaan untuk menaja TRW. 

KAFA memerlukan RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan. Ketika ini, persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

sumber: BH Online

Wednesday, December 14, 2016

Kahwin Bukan Soal Sementara Tapi Tidak Perlu Tolak Kebahagiaan

Kahwin Bukan Soal Sementara Tapi Tidak Perlu Tolak Kebahagiaan

Malam yang sunyi aku scroll akaun facebook aku untuk hilangkan penat lelah bekerja....Malam ini aku tak tahu kenapa timeline facebook aku banyak yang update pasal relationship terutama pasangan yang sudah khawin...dan minggu nih pun banyak jugak yang cerita pasal relationship, aku sendiri cakap pd diri aku, "dah kenapa minggu nih banyak plak pasal relationship" haha....


Bila membaca kisah-kisah relationship ini, memberi kesan sedikit sebanyak kepada pandangan aku tentang kahwin dan juga "gewe-gewe" (kekasih)...Kesan ada negatif dan positif...Ok, mesti korang ingat kisah pasangan baru beberapa minggu kahwin yang sampai masuk astro awani kan? Bila aku belek berita tersebut, arwah suami tersebut aku kenal semasa belajar di unisza, takdelah rapat tapi bila tengok muka memang cam lah, isterinya pula pun aku kenal macam2 tuh sahaja (sebab dulu Unisza taklah ramai pelajarnya seperti sekarang). Kisah mereka berdua sangat-sangat sedih dan yang lebih menyedihkan adalah ahli-ahli keluarga kedua dua belah keluarga tersebut..Yang menjadi mengubah pandangan aku adalah ada orang mengecapi kebahgiaan relationship sekejap, ada pasangan bertahan begitu lama, tetapi sekejap atau lama, kenapa kita perlu menolak kebahagian diberi oleh ALLAH swt. 



Aku ini bukanlah memilih, dah banyak family aku cuba match-fixing aku dengan beberapa orang tetapi aku menolak kerana pertama adalah fizikal aku, haha bukan merendah diri tapi aku sedar aku siapa nak dibandingkan dengan orang yang cuba dibawa oleh family aku...kedua kerana aku takut pasangan aku tak dapat membahagiakan parents aku, aku anak emak,mmg aku jenis duk dengan mama aku sehingga sekarang, kebanyakkan aku bercerita dengan mama, 



Soal Kahwin ini bukan soal sementara atau hanya bahagia di facebook atau insta tetapi soal bagaiman kahwin ini boleh bawa aku dan pasangan ke syurga...Kadang-kadang aku terasa jeles melihat pasangan suami isteri yg ada anak kesana kemari....tetapi aku tetapkan hati aku dengan berkata aku ada sahabat2 dan family, itulah anugerah ALLAH yang berikan kepada aku... Apa yang aku nak cakap kan disini, jangan kita cepat mengalah bab jodoh, lambat atau cepat berusahalah tetapi jangan lupa anugerah anugerah sekeliling kita iaitu sahabat2 & family kita yang selama ini berikan kebahagiaan kepada kita....

Apa saja aku kongsikan malam ini sekadar luahan hati untuk sama-sama berubah ke arah lebih baik...Aku sendiri skini edang berusaha untuk mencari jodoh walaupun ALLAH swt berikan aku seseorang untuk seketika (pada aku ia cukup sempurna) tetapi ia bersifat sementara..tapi aku kena akui aku bahagia selama waktu yg ALLAH swt berikan kepada aku....



Wednesday, December 7, 2016

Kunci Kehidupan adalah SABAR

Kunci Kehidupan adalah SABAR

Hari ini aku lalui segala cabaran dengan tenang dan tidak gopoh seperti hari yang lalu...Pada awal pagi lagi jam 9.00 pagi, aku keluar melakukan kerja rutin harian bagi mencari rezeki di bumi Allah s.w.t. Pada mulanya, aku berjumpa dengan klien, bukan sahaja klien tapi merupakan kepada pemilik sebuah syarikat besar, aku berjumpa bertujuan untuk menambah rezeki Allah s.w.t namun perbincangan 10 minit itu tidak membawa hasil, hanya percakapan biasa sahaja.....tapi aku gagahi dengan ucap dalam hati "Ini adalah rezeki aku, setakat ini sahaja rezeki aku, akan ada lagi rezeki yang lain".


Selepas pada itu, aku mulakan tugasan sebagai anak yang masih lagi tidak berkahwin dan seorang lelaki kepada mama aku dengan menemani mama ke mana sahaja hari ini....Bercakap soal mama, mama bertanyakan tentang bagaimana dengan kerja, bagaimana dengan kehidupan hari ini, aku cuma senyum dan jawab alhamdulilah sahaja....Selepas itu, aku teman mama aku yang teringin burger prosperity..hahaha belilah dekat McDonald tapi sedikit pun tidak menjamah burger tersebut sb mama aku tidak selera plak....Tanpa di duga, pada hari ini, kekecewaan yang amat digantikan dengan berita yang sangat aku nantikan begitu lama, Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Allah s.w.t sampai terkeluar air mata kegembiraan, berita ini membuatkan apa sahaja aku hadapi pada hari ini, membuat aku cool dan happy.... AKU BOLEH KATAKAN INI HIKMAH....sb family, adik beradik serta sahabat2 aku sentiasa pesan. jika kita ada masalah teruskan zikir dalam hati serta ambil wuduk mana tahu ada rezeki besar....ALHAMDULILAH, berita tersebut sangat buat aku happy...Makan petang tadi di Cafe Jiran pun rasa tenang dan happy walaupun hakikat aku masih sedih tapi berita itu buat aku senang hati...

Mesti korang tertanya, apa beritanya, insyALLAH aku akan kongsi tak lama lagi........

Apa yang aku boleh pesan, jika kita hadapi masalah, ambil masa berkongsi dengan ALLAH s.w.t, supaya DIA tahu bahawa kita masih ingatkan DIA. Alhamdulilah

Thursday, December 1, 2016

Jangan terlalu "cepat" wahai diri aku!

Jangan terlalu "cepat" wahai diri aku!

Kehidupan pada hari ini sangat berbeza pada setiap manusia...Hari ini aku belajar bahawa kita semua tidak perlu gopoh dalam sesuatu hal..terutama dalam hal urusan sesama manusia...Aku ingin menulis pada malam ini dengan emosi aku sendiri....


Aku sering melihat manusia dengan ego dalam menyelesaikan masalah, mungkin kerana inilah aku sentiasa terikut dengan keadaan...Dengan keegoan kita, kita takkan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dan mengakibat masalah tersebut lebih parah lagi...Hari ini, aku sudah melukakan hati seseorang dan cara aku itu tidak patut aku lakukan, aku lakukan kerana keegoan aku dan juga sebab aku terlalu mahukan sesuatu dengan keadaan cepat....Aku kalah dalam pertarungan ini, tapi aku belajar bahawa kita tidak boleh letak sesuatu dengan cepat, dengan ego kita,...

Belajarlah wahai sahabat, jangan kerana keegoaan kita, kita tidak mampu mengulang kembali rasa nikmat berurusan dengan manusia.....

Sunday, November 13, 2016

Soony Saad bakal ke Kelantan?



Belum bermula Liga Super 2017, Kelantan melalui masa yang sukar bermulanya kehilangan Coach yang paling disayangi iaitu Veliza Popov dan seterusnya desakan dari penyokong yang mahukan presiden KAFA iaitu Tan Sri Annuar atau mesra di kenali sebagai Abe War meletak jawatan, dan ia menjadi kenyataan apabila Tan Sri sendiri mengumumkan perletakan jawatan pada beberapa hari yang lepas.



Namun segala kisah duka tersebut tidak mampu menghalang penulis untuk menulis gossip perpindahan pemain terutama siapakah pemain import yang bakal mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Blaze Ilijoski. 

Nama yang dikaitkan ke kem Kelantan adalah pemain yang berasal dari Lubnan iaitu Soony Saad yang kini bermain di Pattaya United secara pinjaman dari Kelab BEC Tero Sasana. Soony adalah pemain yang dilahirkan di USA (yang baru sahaja menerima Presiden yang Baru). Soony dilahirkan pada August 17, 1992 (24 tahun).



Soony memulakan karier bola sepak secara professional di USA bersama kelab Sporting Kansas City sebagai penyerang dan boleh bermain di sayap kiri namun mengenali bola sepak melalui Michigan Wolverines. Sepanjang tahun 2011 sehingga 2014, Soony telah melakukan 58 penampilan bersama Sporting Kansas City dan telah menjaringkan 8gol dan selepas itu Soony berpindah ke Kelab BEC Tero Sasana pada tahun 2015 namun tidak dapat lakukan sebarang penampilan selama setahun dan pada tahun ini, Soony mengambil keputusan untuk ke Pattaya United secara pinjaman. Di Kelab Pattaya United, Soony telah bermain sebanyak 32 kali dan menjaringkan 12 gol pada tahun ini. 


Penulis ingin memberitahu secara statitikal mengenai pemain ini, namun tiada sebarang info tepat yang dapat penulis berikan, namun, diharapkan pasukan Kelantan dapat menyelesaikan kemelut pemilihan pemain import dan juga kemelut dalam KAFA itu sendiri.Dan bagi penulis sendiri pemain ini boleh dibawa masuk untuk trial bersama pasukan Kelantan.

ini video dari laman YouTube mengenai Soony Saad



Friday, November 4, 2016

Happy Birthday Dr Rahimie!




Cantik kan Kek tuh? Semalam Aku bersama adik-adik dari family primer cherang menyambut hari jadi abang aku, iaitu Rahimie walaupun hari jadi abang aku ini jatuh pada isnin hadapan (7/11/2016)...

Kami (kak na, safuan & family primer cherang) sudah plan hampir seminggu untuk membuat kejutan kepada rahimie, alhamdulilah, malis kecil kecilan ini dapat beri suprise kata rahimie...kami menyambut birthday party ini di Hotel Perdana....Kek (rujuk gambar di atas) di buat oleh Yaya Cakes, kek rainbow katanya dan sangat Sedap!!!





Manakala Belon-belon di majlis ini, kami beli di kedai Party Valley di kota bharu dan jika anda mahukan service belon-belon terbaik boleh hubungi tauke kedai di no  019-9102570...







Gambar-gambar sekitar sambutan hari jadi Dr Rahimie semalam




















Annuar tidak mampu teraju Kelantan

Annuar tidak mampu teraju Kelantan




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa sedang menimbang secara serius untuk melepaskan jawatan nombor satu yang disandangnya itu sejak tahun 2008.

Annuar berkata, beliau kini tidak lagi berupaya menerajui badan induk bola sepak negeri itu setelah dihimpit pelbagai cabaran besar terutama melibatkan soal kewangan dalam menguruskan The Red Warriors (TRW).

Menurutnya, sudah tiba masanya beliau mengundur diri dan memberi peluang kepada individu lain yang lebih berkelayakan melakukan transformasi bagi memastikan gergasi Pantai Timur itu tidak terus tercicir bersaing dalam arena bola sepak negara.

“Saya sedang memikirkan untuk melepaskan jawatan (presiden), beri (kepada) orang lain sebab saya tengok negeri seperti Kedah cemerlang, jadi saya pun nak Kelantan cemerlang. Kalau nak cemerlang, kena beri kepada orang yang lebih berupaya.

“Saya ni habis gas (tidak terdaya) dah, elok bukan ruang kepada pembaharuan dan tenaga baharu. Kedah, Johor dan Selangor semuanya ada perubahan selepas diambil alih kepimpinan baharu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Kit Peperiksaan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Ketereh, malam semalam.

Ia kenyataan kedua Annuar dalam tempoh seminggu berhubung hasratnya itu setelah mengakui penat memikirkan masa depan dan hala tuju bola sepak Kelantan yang dihimpit pelbagai masalah termasuk kekurangan dana, sejak dua tahun lalu.

Pada mesyuarat agung tahunan Kafa akhir tahun lalu, beliau pernah membuat pengumuman terbuka mahu melepaskan jawatan presiden namun tidak ada sesiapa berani tampil menawarkan diri mengambil alih pengurusan bola sepak negeri itu.

Supremo bola sepak Kelantan itu menunjukkan keinginan tinggi mahu meninggalkan kerusi panas yang beliau duduki sejak lapan tahun lalu itu apabila menuntut perubahan di peringkat pengurusan tertinggi disegerakan demi ‘survival’ pasukan TRW.

“Kelantan juga harus buka ruang supaya ada idea baharu. Kita jangan tamak, sebab ini adalah satu badan sukarela, saya hendak tengok bagaimana perkara (perubahan) seperti ini boleh dilakukan di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menafikan berlaku penghijrahan beramai-ramai pemain Kelantan ke pasukan lain menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bermula akhir Januari tahun depan.

“Saya tak tahu, setakat ini tak ada pun dengar ramai (pemain akan keluar). Mana boleh keluar kalau masih ada kontrak, mereka mestilah hormati kontrak yang ada,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian

Thursday, October 20, 2016

Wan Zack dikaitkan dengan Selangor 2017

Wan Zack dikaitkan dengan Selangor 2017

Pemain tumpuan Kelantan, Wan Zack Haikal dikaitkan dengan perpindahan ke kem Selangor pada musim hadapan. Seperti sediakala, penyokong TRW sudah tentu mengetahui hasrat Wan Zack untuk melangkah keluar dari Kem Kelantan sejak awal musim lagi menerusi kata-kata pujangga di instagram peribadi Wan Zack.


Gossip ini dikuatkan lagi dengan laporan dari akhbar perdana Harian Metro dalam ruangan Arena pada rabu lepas dimana pengurusan memberi klu bahawa mereka sedang berbincang dengan beberapa pemain-pemain baru untuk dibawa masuk ke dalam kem Selangor musim hadapan.

Durakovic kembali kendali Red Giants?

“Ketika ini pasukan juga sedang berusaha memikat beberapa pemain baharu. Cuma belum dapat disahkan kerana bergantung kepada dana pasukan musim depan."

Dalam pada masa yang sama, gossip ini juga melanda apabila Coach Popov sendiri menyatakan keadaan keewangan tidak stabil dalam kem Kelantan menjadikan Coach Popov sendiri akan melihat situasi beliau sama ada kekal dalam TRW 2017 atau tidak.

Velizar Popov bakal meninggalkan Kelantan



Velizar Popov bakal meninggalkan Kelantan

Velizar Popov bakal meninggalkan Kelantan

Pada pagi jumaat ini,penyokong pasukan TRW dikejutkan dengan status terbaru dari Coach Kesayangan penyokong iaitu Velizar Popov yang memberi reaksi tentang status beliau pada musim hadapan. Daripada status tersebut, penyokong membayangkan bahawa Velizar Popov tidak akan bersama dengan Kelantan 2017 yang mana point utama dalam status itu adalah MASALAH KEEWANGAN.



(25 SEPTEMBER - 21 Oktober) Selepas mesyuarat yang positif mengenai musim baru 2017 dan mungkin ada lanjutan untuk kontrak saya, tidak ada sebarang perbincangan lagi kerana keadaan kewangan yang sukar kelab, disebabkan oleh penaja yang tidak memenuhi peraturan kewangan. Dalam keadaan ini tanpa jaminan kewangan adalah mustahil untuk merancang dan melaksanakan apa sahaja untuk masa depan

Dari sebulan yang lalu, Presiden KAFA memberi jaminan bahawa Coach Popov akan mengendalikan TRW 2017 namun  selepas daripada itu terdapat beberapa gossip yang mengatakan ia hanyalah sekadar perbincangan bukan sesi tandatangan kontrak. 


Namun Popov juga memberitahu bahawa jika pada akhir musim atau selepas perlawanan sabtu ini, tiada lagi perbincangan, Coach Popov ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kepada Penyokong.

Jika laluan kami bersurai selepas akhir musim ini, Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua pada masa akan datang, dan selalu menjadi penyokong TRW KELANTAN


Monday, October 17, 2016

Kafe Mewah Tapi HARGA berpatutan di BUTIK KAFE MARRIGORRI!


Hari ini adalah hari indah buat aku, rezeki yang sekian lama aku idamkan telah tercapai pada hari ini, Sejak aku balik ke Kelantan, aku mencari KAFE yang sedap dan kena dengan selera aku, tetapi aku masih tidak jumpa sehinggalah hari ini aku ke KAFE MARRIGORRI (klik pada nama)....

Apakah pandangan aku buat kali pertama pasal kafe ini adalah HARGA MAKANAN nya agak mahal!! dan hari ini tanggapan aku salah, HARGA kafe ini BERPATUTAN kena dengan KUANTITI serta KUALITI...dan kebanyakkan kafe ini berasaskan masakan dari Australia!

Tauke KAFE MARRIGORRI & SEPUPU AKU
Suasana kafe ini sangat menyenangkan dan tidak stress, lagu yang dipasang pun oldschool dan tidak stress!












Bestkan suasana kafe ni? Makanan dia semua fresh dan tidak muak untuk makan, dan pada hari ini aku dan sepupu aku tempah churos, tesselaar classic jacket potato, lambchop dan untuk air pula kami order flavoured iced spanish latte caramel dan strawberry chocolate frappe!

1. TESSELAAR CLASSIC JACKET POTATO





2. CHUROS




3. LAMB CHOP



4. FLAVOURED ICED SPANISH LATTE (CARAMEL) & STRAWBERRY CHOCOLATE FRAPPE


flavoured iced Spanish latte caramel

strawberry chocolate frappe

Semua nampak sedapkan? Yes memang sedap dan fresh!! aku paling menyesal kerana tidak order air strawberry chocolate frappe, sangat sedap! dan aku sempat snap gambar harga makanan yang aku dan sepupu aku makan tadi, korang hitung jelah berapa! hehehe tapi berbaloi baloi!









Lokasi kafe ini korang boleh klik map yang aku sudah sediakan dibawah ini




atau korang boleh hubungi di talian 013-9996624/013-9831305 untuk sebarang tempahan!



Aku bagi 5 bintang kepada kafe ini kerana makanan yang ada kualiti dan kuantiti serta servis cepat dan enak!